Skip to main content

jualan & pendapatan lain

caution

Pastikan anda telah log masuk ke easpro untuk mengunakan pautan dalam tutorial

Cipta invois jualan

  1. Klik pautan ini Senarai invois jualan & pendapatan lain.
  2. Klik pautan jualan / pendapatan baru di atas hujung kanan skrin.
  3. Pilih projek & akaun jualan / pendapatan lain
  4. Isi maklumat lain
  5. Klik butang simpan.
info

Pada step ini invois masih dalam status belum dibayar. Ikut langkah seterusnya untuk tambah bayaran.

info

Anda dapat cari produk dengan menaip nama produk di dalam kotak nama. borang produk

Tambah rekod bayaran

caution

Pastikan anda telah cipta akaun jualan & pendapatan lain

tip

Nota invoice akan dipapar dengan format yang sama di invoice

format nota invoice

  1. Klik pautan ini Senarai invois jualan & pendapatan lain.
  2. Pilih invois yang baru direkodkan.
  3. Klik pautan Pembayaran di hujung kanan skrin.
  4. Klik bayaran baru.
  5. Isi maklumat dan klik butang simpan.
  6. Klik pautan ini Senarai invois jualan & pendapatan lain untuk menyemak status dan baki pembayaran.
info

Anda juga boleh terus ke page pembayaran ketika mencipta rekod invois dengan klik butang simpan & tambah pembayaran.

info

Fungsi pembayaran juga terdapat dalam invois pembelian, perbelanjaan & invois lain-lain.

Edit invois jualan

  1. Klik pautan ini Senarai invois jualan & pendapatan lain.
  2. Pilih invois dan klik pautan edit di hujung kanan skrin.
  3. Ubah maklumat dan klik butang simpan.

Kongsi invois

  1. Klik pautan ini Senarai invois jualan & pendapatan lain.
  2. Pilih invois dan klik pautan invois di hujung kanan skrin.
  3. Klik icon media (rujuk gambar di bawah) untuk dikongsi invois kepada pelanggan.

invois share

Kesimpulan

Tahniah, anda sudah berjaya manambah invois jualan.